Powered by Blogger.

Tips Amalan Pemakanan Sihat

No comments








Tips Amalan Pemakanan SihatKesihatan[1] diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit [2]yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.

Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung[3] ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam[4]. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi.

Pepatah ada mengatakan, " Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan[5] " dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.

Tips Amalan Pemakanan Sihat

1. Makanlah makanan yang[6] halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.

2. Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah".

3. Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.

4. Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut[7].

5.Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.

6. Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.

7. Kurangkan makan makanan[8] mengandungi garam dan gula yang tinggi.

8. Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.

9. Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.

10. Amalkan minum jus buah [9]atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi.

11. Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi[10] zat dan vitamin.

12. Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda.

SUMBER[11]

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.

Bukan SuperMak Tapi SuperGirl… Opss!!
http://blogfyna.com/[20]

Seorang blogger yang masih lagi mencari-cari rentak di dunia blogging ini. Pelbagai perkongsian yang akan dikongsikan untuk dimanfaatkan bersama.

Latest posts by Nurul Syarafina (see all[21])


Comments

comments

LikeTweet

No comments :

Post a Comment

Blog Archive

close button

close button

close button