Powered by Blogger.

Rajin periksa kesihatan

No comments


Oleh Aniza Zainudin


Dalam sedar atau tidak sedar, itulah jawapan popular sering meniti bibir setiap individu yang enggan mencuri masa menjalani pemeriksaan atau saringan kesihatan[1]. Sedangkan ia seharusnya dilakukan untuk tempoh empat tahun sekali bagi mereka berusia bawah 30-an manakala berumur 50 tahun ke atas, dua tahun sekali.


Percayakah anda, kekerapan rakyat Malaysia menjalani pemeriksaan kesihatan[2] antara dua hingga tiga kali sepanjang hayat? Malah ia dilakukan atas tuntutan pendidikan dan kerjaya, bukannya kesedaran sendiri.


Ketua Perkhidmatan Pemeriksaan dan Kecemasan[3], Pusat Perubatan Prince Court, Dr Abu Hasan Samad berkata, sekurang-kurangnya 50 peratus kemasukan kali pertama kali ke hospital berikutan hasil pemeriksaan kesihatan yang sebelum ini diabai masyarakat.


Menurutnya, menerusi pemeriksaan kesihatan[4], individu terbabit dapat mengenal pasti penyakit dihidapi lebih awal, sekali gus dapat menerima rawatan pencegahan.


"Kadangkala pandangan luaran tidak mencerminkan kesihatan dalaman[5] seseorang individu dan tidak menolak kemungkinan penyakit mulai bercambah dalam tubuh berikutan amalan pemakanan tidak teratur termasuk pengambilan makanan segera," katanya.


Hampir 20 hingga 30 peratus daripada 100 individu yang melakukan pemeriksaan kesihatan mengalami masalah terutama penyakit tidak berjangkit[6] (NCD) seperti darah tinggi, jantung, kencing manis serta kanser.


Golongan berkenaan adalah individu berusia 50 tahun ke atas yang sebelum ini tidak pernah melakukan sebarang pemeriksaan kesihatan dan kemungkinan diakibatkan faktor keturunan dan pelan pemakanan tidak seimbang ketika muda.


"Mereka ini digalakkan menjalani pemeriksaan kesihatan[7] dengan kekerapan dua tahun sekali kerana risiko menghidap penyakit lebih tinggi. Bagi wanita, pemeriksaan menjurus kepada kanser servik dan payudara manakala barah prostat untuk kaum Adam.


"Bagaimanapun, ini tidak bermaksud golongan muda boleh mengabaikan pemeriksaan kesihatan malah mereka antara kumpulan sasaran[8] yang perlu diberi perhatian dan digalakkan mengambil langkah bijak ini.


"Pemeriksaan ini juga bertujuan memberi tips kesihatan, pelan pemakanan yang baik bagi individu berisiko mendapat penyakit NCD biarpun ketika ini, tidak mengalami sebarang masalah," katanya.


Katanya, saringan kesihatan[9] merangkumi pemeriksaan ke atas keseluruhan anggota badan seseorang individu sama ada luaran mahupun dalaman. Ia termasuk pemeriksaan mata, telinga, dada, ultra bunyi di bahagian abdomen dan pelvik, ujian darah, buah pinggang dan hati.


Setiap individu mempunyai tahap ketahanan diri masing-masing, ada yang perlu menjalani dua hingga tiga pemeriksaan sebelum mengetahui jenis penyakit dan ada juga berjaya dikenal pasti[10] selepas melakukannya pada kali pertama.


Jika penyakit berjaya dikenal pasti, pakar kesihatan[11] akan memberi pilihan rawatan, tip diet seimbang serta ubatan bersesuaian dengan pesakit sewaktu rundingan. Malah, rawatan susulan turut ditawarkan kepada pesakit untuk memantau tahap masalah dialami mereka.


Segelintir beranggapan pemeriksaan kesihatan[12] membazir berikutan kos perbelanjaan yang tinggi. Tambahan pula, ia perlu dijalani secara berkala untuk tempoh masa tertentu. Tanggapan itu perlu ditepis kerana ia berlaku sebaliknya.


Jika pencegahan dan rawatan dilakukan lebih awal, ia sebenarnya lebih menguntungkan individu terbabit kerana peluang untuk kembali sihat lebih tinggi menerusi pemantauan berterusan daripada pakar.


Diakui kos pemeriksaan kesihatan[13] mungkin dianggap membebankan bagi segelintir masyarakat tetapi lebih baik jika dibandingkan dengan kos pembedahan atau rawatan susulan jauh lebih tinggi, selain memakan masa lama. Mentaliti masyarakat yang menganggap hospital sebagai tempat orang sakit dan mendapat rawatan saja perlu diubah. Katanya, peranan hospital atau dulunya dipanggil rumah sakit kini sudah meluas. Masyarakat juga digalakkan berjumpa doktor atau pakar kesihatan bagi memastikan kesihatan mereka terjamin selain mendapatkan tips amalan hidup sihat.


Menurutnya, kebanyakan masyarakat Cina lebih mengambil berat mengenai kesihatan apabila peratusannya mencecah 60 peratus manakala kesedaran di kalangan kaum Melayu dan India masih di tahap rendah.


Amalan pemeriksaan kesihatan[14] sebenarnya sudah lama bertapak di negara ini. Bagaimanapun, ia gagal dijadikan budaya bagi masyarakat kerana menganggap diri sentiasa sihat jika tidak dimasukkan ke hospital.


Sikap enggan ambil peduli masyarakat turut menyebabkan mereka mengabaikan amalan berkenaan selain tidak memahami sepenuhnya fungsi dan manfaat pemeriksaan kesihatan.



Sumber HMetro Online


BACA juga artikel berikut :




[34][35][36][37][38]

References

  1. ^ pemeriksaan atau saringan kesihatan (www.biovco.com)
  2. ^ pemeriksaan kesihatan (www.biovco.com)
  3. ^ Pemeriksaan dan Kecemasan (www.biovco.com)
  4. ^ menerusi pemeriksaan kesihatan (www.biovco.com)
  5. ^ kesihatan dalaman (www.biovco.com)
  6. ^ penyakit tidak berjangkit (www.biovco.com)
  7. ^ menjalani pemeriksaan kesihatan (www.biovco.com)
  8. ^ kumpulan sasaran (www.biovco.com)
  9. ^ saringan kesihatan (www.biovco.com)
  10. ^ berjaya dikenal pasti (www.biovco.com)
  11. ^ pakar kesihatan (www.biovco.com)
  12. ^ pemeriksaan kesihatan (www.biovco.com)
  13. ^ pemeriksaan kesihatan (www.biovco.com)
  14. ^ pemeriksaan kesihatan (www.biovco.com)
  15. ^ Penyakit Resdung  (www.biovco.com)
  16. ^ BioVCO (www.biovco.com)
  17. ^ Cara Pengambilan Minyak … (www.biovco.com)
  18. ^ Beli PRODUK (www.biovco.com)
  19. ^ Wakil Jualan (www.biovco.com)
  20. ^ Testimoni (www.biovco.com)
  21. ^ Penyakit Resdung atau Sinusitis (www.biovco.com)
  22. ^ Penyakit Tiroid  (www.biovco.com)
  23. ^ Penyakit Tiroid (www.biovco.com)
  24. ^ Penyakit Tiroid  (www.biovco.com)
  25. ^ Penyakit Resdung – Risiko jangkitan otak  (www.biovco.com)
  26. ^ Resdung boleh menyebabkan buta  (www.biovco.com)
  27. ^ Kegemukan – ibu segala penyakit  (www.biovco.com)
  28. ^ Penyakit dan masalah tiroid | Rawatan Tiroid  (www.biovco.com)
  29. ^ Cara kawal sakit penyakit gout  (www.biovco.com)
  30. ^ Penyakit Resdung – BioVCO (www.biovco.com)
  31. ^ Ekzima dan Psoriasis | Penyakit Ekzima Psoriasis  (www.biovco.com)
  32. ^ Mengandung dan kencing manis (www.biovco.com)
  33. ^ Jangan remehkan penyakit resdung | Masalah (www.biovco.com)
  34. ^ (www.blogger.com)
  35. ^ (www.blogger.com)
  36. ^ (www.blogger.com)
  37. ^ (www.blogger.com)
  38. ^ (www.blogger.com)

Sumber : http://infokesihatan4u.blogspot.com/




No comments :

Post a Comment

Blog Archive

close button

close button

close button