Powered by Blogger.

7 MAKANAN KURANGKAN KOLESTEROL

No comments


Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah Manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.


Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).


Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol 'jahat' manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.


1. Buah kering


- buah kurma kaya dengan serat dan kandungan flavanoid

- mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantung

- flavanoid juga terdapat dalam the, brokoli, tomato, bawang dan buah delima


2. Epal


- makan sebiji epal atau jusnya setiap hari dapat mengurangkan kolesterol dalam badan

- memakan makanan segera dan kemudiannya makan epal atau jusnya dapat mengimbangi kandungan zat dan mencegah pembentukan lemak


3. Ikan Tuna


- sumber asid omega-3 selain salmon dan sardin

- melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolesterol LDL


4. Kacang tanah


- kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya vitamin E

- Vitamin E dapat membantu  menghalang radikal bebas daripada merosakkan kandungan HDL dan dapat mengelak daripada serangan jantung


5. Buah Mangga


- kaya vitamin C

- vitamin C berupaya mencegah LDL dalam badan

- selain buah mangga buah lain ialah belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi


6. Kismis


- mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolesterol

- amalan diet 400 kalori kismis setiap hari boleh menrunkan kadar kolesterol dalam darah sebanyak 8 peratus


7. Jambu batu


- disyorkan makan buah jambu batu dalam jumlah 400 gram atau sebiji sehari selama empat minggu

- dapat menurunkan paras kolesterol sebanyak 18.8 peratus dan baik untuk wanita yang ingin menurunkan berat badan


Baca juga :

Kurangkan kolesterol untuk jantung sihat


***************************************

TAHUKAH ANDA?


Peningkatan kadar KOLESTEROL dalam darah anda

boleh meningkatkan tekanan darah dan anda

mempunyai RISIKO yang tinggi diserang STROKE

dan serangan jantung secara mengejut.



***************************************

[4][5][6][7][8]

References

  1. ^ 7 MAKANAN KURANGKAN KOLESTEROL (bit.ly)
  2. ^ http://bit.ly/jantung_sihat (bit.ly)
  3. ^ http://fb.com/infokesihatan/app_113349772082971 (fb.com)
  4. ^ (www.blogger.com)
  5. ^ (www.blogger.com)
  6. ^ (www.blogger.com)
  7. ^ (www.blogger.com)
  8. ^ (www.blogger.com)

Sumber : http://infokesihatan4u.blogspot.com/




No comments :

Post a Comment

Blog Archive

close button

close button

close button