Pastikan wanita kekal sihat
Oleh Zaitie Satibi
Kesihatan wanita bukan saja menjadi petanda penting mengenai kedudukan dan taraf mereka, malah sebagai ibu dan pengasuh kerana mereka boleh mempengaruhi kesihatan[1] seluruh keluarga dan masyarakat.
Justeru sangat penting bagi wanita mendapat kualiti penjagaan kesihatan[2] yang baik dan sempurna membabitkan aspek jasmani, mental dan emosi.
Berikut adalah 10 isu kesihatan yang kerap dialami wanita:
1. Kanser
kanser yang kerap menyerang wanita adalah barah payudara dan kanser serviks. Pengesanan awal dua jenis kanser ini menjadi kunci memastikan wanita kekal sihat. Statistik global terbaru menunjukkan kira-kira setengah juta wanita maut akibat kanser serviks, manakala setengah juta lagi maut akibat kanser payudara setiap tahun.
Kebanyakan kes kematian[3] berlaku di negara berpendapatan sederhana dan rendah kerana imbasan awal, pencegahan dan rawatan hampir tidak disediakan, manakala vaksin untuk virus human papilloma (HPV) ditangguhkan.
2. Kesihatan reproduksi
Masalah kesihatan reproduksi[4] dan seksual menyumbang satu pertiga isu kesihatan wanita berusia 15 hingga 44 tahun. Seks yang tidak selamat adalah faktor utama, terutama wanita dan remaja di negara membangun. Kira-kira 222 juta wanita tidak mendapat perkhidmatan kontrasepsi yang diperlukan.
3. Kesihatan ibu
Kebanyakan wanita mendapat manfaat daripada penambahbaikan besar-besaran penjagaan ketika kehamilan dan kelahiran[5] yang diperkenalkan sedekad lalu. Namun, kemudahan itu tidak disediakan di semua tempat dan pada 2013 dilaporkan kira-kira 300,000 wanita maut akibat komplikasi ketika mengandung dan bersalin. Kebanyakan kes kematian ini boleh dicegah jika perancangan keluarga dan kemudahan asas disediakan.
4. HIV
Sejak 30 tahun lalu ketika wabak AIDS melanda, ramai wanita muda menjadi mangsa jangkitan. Terlalu ramai wanita muda berjuang melindungi diri mereka daripada penyakit jangkitan[6] seks HIV dan mendapat rawatan diperlukan.
Mereka terdedah kepada penyakit tuberkulasis atau batuk TB yang juga penyebab utama kematian dalam kalangan wanita berusia 20 hingga 59 tahun di negara berpendapatan rendah.
5. Penyakit jangkitan seks (STI)
Walaupun jangkitan HIV dan HPV penyakit jangkitan[7] kelamin paling kerap dialami di seluruh dunia, penyakit jangkitan lain juga penting untuk dicegah dan dirawat seperti gonorrhoea, klamidia dan sifilis.
Ini kerana sifilis yang tidak dirawat menyumbang kira-kira 200,000 kematian bayi dalam kandungan dan pramatang setiap tahun, manakala 90,000 kematian bayi baru dilahirkan.
6. Keganasan terhadap wanita
Wanita mudah menjadi subjek kepada pelbagai bentuk keganasan yang berlainan, tetapi keganasan fizikal dan seksual, sama ada dilakukan pasangan atau orang lain, adalah paling menyakitkan.
Hari ini, seorang daripada tiga wanita bawah 50 tahun mengalami keganasan fizikal atau seksual dilakukan pasangan atau orang lain yang menjejaskan fizikal dan mental mereka dalam jangka masa pendek dan panjang.
Oleh itu, penting kepada mereka yang sihat[8] untuk sentiasa prihatin terhadap keganasan dan membantu mencegahnya, selain memberi sokongan kepada mangsa.
7. Kesihatan mental
Kajian menunjukkan wanita lebih cenderung daripada lelaki untuk mengalami keresahan, kemurungan dan aduan somatik iaitu gejala fizikal[9] yang tidak dapat dijelaskan secara perubatan. Kemurungan adalah masalah kesihatan mental paling kerap berlaku dalam kalangan wanita dan kejadian membunuh diri penyebab utama kematian wanita berusia bawah 60 tahun.
Oleh itu, penting menyedarkan mereka mengenai isu kesihatan mental dengan memberi sokongan untuk mendapatkan bantuan.
8. Penyakit tidak berjangkit (NCD)
Pada 2012, kira-kira 4.7 juta wanita maut sebelum usia 70 tahun akibat NCD dan kebanyakan mereka dari negara berpendapatan sederhana dan rendah. Mereka maut akibat kemalangan jalan raya, merokok, alkohol, dadah dan obesiti. Dianggarkan 50 peratus wanita di Eropah dan Amerika mengalami obesiti[10] dan membantu remaja perempuan dan wanita lain mengamalkan gaya hidup sihat di peringkat awal adalah kunci kesihatan hidup.
9. Menjadi ibu muda
Remaja perempuan berdepan pelbagai cabaran kesihatan reproduksi dan seksual seperti STI dan kehamilan. Kira-kira 13 juta remaja perempuan bawah usia 20 tahun melahirkan anak setiap tahun.
Komplikasi daripada kehamilan[11] dan bersalin menjadi penyumbang utama kematian dalam kalangan ibu muda dan ramai menderita akibat keguguran yang tidak selamat.
10. Menjadi tua
Kebanyakan wanita yang sudah tidak bekerja atau bersara memperoleh wang pencen dan kemudahan lain yang sedikit berbanding lelaki, sekali gus kurang mendapat penjagaan kesihatan[12] dan perkhidmatan sosial. Selain berisiko miskin dan masalah lain berkaitan usia tua seperti nyanyuk, wanita tua kurang mendapat perkhidmatan kesihatan yang baik.
Sumber : Harian Metro Online
References
- ^ mempengaruhi kesihatan (www.biovco.com)
- ^ penjagaan kesihatan (www.biovco.com)
- ^ kes kematian (www.biovco.com)
- ^ Masalah kesihatan reproduksi (www.biovco.com)
- ^ penjagaan ketika kehamilan dan kelahiran (www.biovco.com)
- ^ penyakit jangkitan (www.biovco.com)
- ^ penyakit jangkitan (www.biovco.com)
- ^ mereka yang sihat (www.biovco.com)
- ^ gejala fizikal (www.biovco.com)
- ^ mengalami obesiti (www.biovco.com)
- ^ Komplikasi daripada kehamilan (www.biovco.com)
- ^ penjagaan kesihatan (www.biovco.com)
- ^ E-melkan Ini (www.blogger.com)
- ^ BlogThis! (www.blogger.com)
- ^ Kongsi ke Twitter (www.blogger.com)
- ^ Kongsi ke Facebook (www.blogger.com)
- ^ Kongsi ke Pinterest (www.blogger.com)
Sumber : http://infokesihatan4u.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Blog Archive
-
▼
2015
(88)
-
▼
April
(88)
- Khasiat Minyak Kelapa Dara Hasil kajian saintifik ...
- Diet sihat elak penyakit BERDASARKAN Kajian Kesiha...
- Apakah itu Tonsil? Tonsil ialah sejenis tisu limfo...
- 9 Panduan pengurusan ekzema ✔ Elakkan mandi terlal...
- Posisi Penyusuan / Breastfeeding Position ~ Posisi...
- TAK TAHAN KERAP SAKIT LUTUT?Kalau tak berubat, sus...
- SEBENARNYA ANDA ADA RESDUNG!!! MUKA BERJERAWAT? Hi...
- Beware!!
- Petua Kesihatan: Berikut adalah 10 Makanan Yang Me...
- pilihan di tangan anda.
- KATARAK-----------------Tanda-tanda dan simptom1. ...
- 10 TABIAT YANG MEROSAKKAN OTAK 1. Tidak mengambil ...
- tiga menu "bahaya"
- Keputihan tidak halang keintiman
- Risiko kanta lekap
- Fibroid semasa hamil
- Botak di usia muda
- Kulit baru harapan baru
- Risiko Obesiti semasa hamil
- Flos gigi, kumur mulut anda
- Teknik baharupembedahan saraf
- Hidup selesa tanpa GERD
- Implan dwi-stent untuk jantung
- Peria bersihkan darah
- Elak payudara membengkak
- Elak penyakit akibat jerebu
- Jangan abai tanda awal diabetes
- Rawat sebelum terlambat
- Vitamin C, kolagen untuk kulit
- Sakit permulaan haid
- Lambatkan penuaan
- Sopak sejenis penyakit kulit
- Sawan demam bukan epilepsi
- 7 MAKANAN KURANGKAN KOLESTEROL
- 3 Tip elak mulut berbau
- 5 Sebab Mengapa Rambut anda gugur
- Ancaman kencing manis
- Ekzima dan Psoriasis
- Rajin periksa kesihatan
- Sakit dada bukan hal remeh
- Kunyit bantu kawal diabetes
- Batuk biasa atau kronik?
- Penyakit kulit kronik
- Cara atasi sakit kepala
- Bukan sekadar sakit tekak
- Ramai tak tahu hidap darah tinggi
- Manfaat sayur dalam darah
- Bahana kolesterol tinggi
- Virus punca sakit tekak
- Kawal tahap kolesterol
- Ibu hamil lemah daya imun tubuh
- Racun yang manis
- Pastikan wanita kekal sihat
- Petua Mencantikkan Kening
- Petua Melentikkan Bulu Mata
- Petua Melicinkan Betis
- Petua Menghilangkan Rambut Berbuah
- Petua Merawat Kudis Buta
- Petua Menghilangkan Karat Gigi
- Petua Mengubati Lelah
- Petua Melegakan Pedih Perut
- Petua Melembutkan Ayam Tua
- Petua Mengelakkan Pedih Bawang
- Petua Membersihkan Microwave
- Petua Merawat Gusi Berdarah
- Petua Merawat Bibir Pecah Akibat Kepanasan
- Petua Memilih Ikan Segar
- Petua Melazatkan Ikan Beku
- Petua Melembutkan Sotong Kering
- Petua Menghilangkan Bau Durian
- Petua Mengurangkan Selesema Bayi
- Petua Menghilangkan Benjol
- Petua Menegangkan Kulit Muka
- Tips Diet Yang Mudah Dan Seimbang
- 10 Langkah Untuk Kehamilan Sihat
- Bahaya Sukan Pada Waktu Malam
- Tips Kesihatan Dari Nabi Muhammad SAW
- Makanan Terbaik Untuk Lelaki
- Khasiat Yang Terdapat Di Dalam Nasi
- 25 Tips Untuk Anak Pandai Bahasa Inggeris
- 10 Makanan Terbaik Untuk Kulit Yang Cantik
- Punca Dan Cara Mengatasi Rambut Beruban Sebelum Usia
- Serba-Serbi (Proses) Pembedahan Plastik
- Cara Kawal Penyakit Gout
- “Ubat Jahanam Tu Hancurkan Hidup Saya”
- Tips Amalan Pemakanan Sihat
- Petua Menjaga Kesihatan Mata
- Pembongkaran Rahsia Dan Petua Kecantikan Wanita Ke...
-
▼
April
(88)
No comments :
Post a Comment