Kawal tahap kolesterol
Oleh : Hajahfarhana Tarmudi
Belum terlambat jika mahu mengubah amalan pengambilan diet dan gaya hidup sihat[1] walaupun selepas diberitahu doktor bahawa kita mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Jika sebelum ini kita masih bersenang-lenang kerana menganggap cukup sihat, kini isu kesihatan[2] perlu diambil serius bagi mengurangkan kesan buruk kepada tubuh.
Kolesterol yang tinggi boleh memberi kesan kepada sebilangan besar rakyat Malaysia dan ia ada kaitan dengan genetik, gaya hidup dan amalan pemakanan[3].
Misalnya diet tinggi lemak tepu boleh menyebabkan pengumpulan plak kolesterol dalam salur darah, seterusnya menyempitkan salur darah dan mengehadkan aliran darah.
Pengumpulan kolesterol ini akan menyebabkan salur darah tersumbat. Apabila aliran darah ke jantung[4] terjejas, serangan jantung akan berlaku.
Kolesterol jenis baik dan buruk
Orang ramai sering berasa terancam dengan keburukan kolesterol kerana mendapat maklumat yang tidak tepat. Sebenarnya kolesterol adalah sebahagian daripada bahan kimia penting untuk tubuh.
Kolesterol terdapat dalam setiap sel manusia dan haiwan. Selain kolesterol yang diperoleh daripada pengambilan makanan[5] berasaskan haiwan, tubuh kita juga mempunyai kemampuan untuk menghasilkan kolesterol yang diperlukan untuk pelbagai fungsi badan.
Kolesterol adalah sejenis lemak (dikenali sebagai lipid) yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi. Pengekalan tahap kolesterol dalam peringkat yang disarankan (normal) adalah penting untuk memperoleh kebaikan maksimum[6].
Kolesterol digunakan untuk penghasilan cecair hempedu oleh hati. Ini penting bagi melindungi sel saraf, membina sel baru dan menghasilkan hormon yang diperlukan untuk perkembangan normal serta melancarkan fungsi tubuh manusia.
Molekul kolesterol diangkut melalui darah dalam kapsul protein yang dikenali sebagai lipoprotein. Terdapat dua jenis kolesterol[7] yang utama iaitu lipoprotein ketumpatan rendah (LDL ) dan lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).
Kolesterol LDL juga dikenali sebagai kolesterol buruk[8] kerana mempunyai kecenderungan untuk melekat di dinding arteri (salur darah) yang akan menyebabkan salur darah tersumbat dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.
Justeru, menurunkan paras kolesterol LDL akan mengurangkan risiko penyakit jantung.
Kolesterol HDL (kolesterol baik) pula mencegah penyempitan salur darah ke jantung dengan mengurangkan mendakan kolesterol dalam saluran darah[9]. Oleh itu, ia menurunkan risiko serangan jantung.
Ukuran mudah sediakan hidangan
Salah satu cara untuk mengawal tahap kolesterol[10] di dalam badan adalah melalui pemakanan yang sihat. Ada cara mudah yang boleh diamalkan bagi membantu mengawal pengambilan makanan[11] yang dinikmati setiap hari iaitu menggunakan tapak tangan sebagai ukuran. Misalnya, ambil satu hidangan daging atau ikan mengikut saiz tapak tangan sendiri.
Selain itu, buah juga tidak boleh dilupakan. Lengkapkan hidangan yang dinikmati dengan saiz hidangan buah segar sebesar penumbuk. Jika mahu mengamalkan diet seimbang[12], sediakan sayuran, nasi atau pasta bersesuaian dengan saiz tapak tangan (dibentuk melengkung seperti cawan).
Sumber : Harian Metro Online
Sumber : Harian Metro Online
References
- ^ gaya hidup sihat (www.biovco.com)
- ^ isu kesihatan (www.biovco.com)
- ^ amalan pemakanan (www.biovco.com)
- ^ aliran darah ke jantung (www.biovco.com)
- ^ pengambilan makanan (www.biovco.com)
- ^ memperoleh kebaikan maksimum (www.biovco.com)
- ^ Terdapat dua jenis kolesterol (www.biovco.com)
- ^ kolesterol buruk (www.biovco.com)
- ^ kolesterol dalam saluran darah (www.biovco.com)
- ^ mengawal tahap kolesterol (www.biovco.com)
- ^ pengambilan makanan (www.biovco.com)
- ^ mengamalkan diet seimbang (www.biovco.com)
- ^ E-melkan Ini (www.blogger.com)
- ^ BlogThis! (www.blogger.com)
- ^ Kongsi ke Twitter (www.blogger.com)
- ^ Kongsi ke Facebook (www.blogger.com)
- ^ Kongsi ke Pinterest (www.blogger.com)
Sumber : http://infokesihatan4u.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Blog Archive
-
▼
2015
(88)
-
▼
April
(88)
- Khasiat Minyak Kelapa Dara Hasil kajian saintifik ...
- Diet sihat elak penyakit BERDASARKAN Kajian Kesiha...
- Apakah itu Tonsil? Tonsil ialah sejenis tisu limfo...
- 9 Panduan pengurusan ekzema ✔ Elakkan mandi terlal...
- Posisi Penyusuan / Breastfeeding Position ~ Posisi...
- TAK TAHAN KERAP SAKIT LUTUT?Kalau tak berubat, sus...
- SEBENARNYA ANDA ADA RESDUNG!!! MUKA BERJERAWAT? Hi...
- Beware!!
- Petua Kesihatan: Berikut adalah 10 Makanan Yang Me...
- pilihan di tangan anda.
- KATARAK-----------------Tanda-tanda dan simptom1. ...
- 10 TABIAT YANG MEROSAKKAN OTAK 1. Tidak mengambil ...
- tiga menu "bahaya"
- Keputihan tidak halang keintiman
- Risiko kanta lekap
- Fibroid semasa hamil
- Botak di usia muda
- Kulit baru harapan baru
- Risiko Obesiti semasa hamil
- Flos gigi, kumur mulut anda
- Teknik baharupembedahan saraf
- Hidup selesa tanpa GERD
- Implan dwi-stent untuk jantung
- Peria bersihkan darah
- Elak payudara membengkak
- Elak penyakit akibat jerebu
- Jangan abai tanda awal diabetes
- Rawat sebelum terlambat
- Vitamin C, kolagen untuk kulit
- Sakit permulaan haid
- Lambatkan penuaan
- Sopak sejenis penyakit kulit
- Sawan demam bukan epilepsi
- 7 MAKANAN KURANGKAN KOLESTEROL
- 3 Tip elak mulut berbau
- 5 Sebab Mengapa Rambut anda gugur
- Ancaman kencing manis
- Ekzima dan Psoriasis
- Rajin periksa kesihatan
- Sakit dada bukan hal remeh
- Kunyit bantu kawal diabetes
- Batuk biasa atau kronik?
- Penyakit kulit kronik
- Cara atasi sakit kepala
- Bukan sekadar sakit tekak
- Ramai tak tahu hidap darah tinggi
- Manfaat sayur dalam darah
- Bahana kolesterol tinggi
- Virus punca sakit tekak
- Kawal tahap kolesterol
- Ibu hamil lemah daya imun tubuh
- Racun yang manis
- Pastikan wanita kekal sihat
- Petua Mencantikkan Kening
- Petua Melentikkan Bulu Mata
- Petua Melicinkan Betis
- Petua Menghilangkan Rambut Berbuah
- Petua Merawat Kudis Buta
- Petua Menghilangkan Karat Gigi
- Petua Mengubati Lelah
- Petua Melegakan Pedih Perut
- Petua Melembutkan Ayam Tua
- Petua Mengelakkan Pedih Bawang
- Petua Membersihkan Microwave
- Petua Merawat Gusi Berdarah
- Petua Merawat Bibir Pecah Akibat Kepanasan
- Petua Memilih Ikan Segar
- Petua Melazatkan Ikan Beku
- Petua Melembutkan Sotong Kering
- Petua Menghilangkan Bau Durian
- Petua Mengurangkan Selesema Bayi
- Petua Menghilangkan Benjol
- Petua Menegangkan Kulit Muka
- Tips Diet Yang Mudah Dan Seimbang
- 10 Langkah Untuk Kehamilan Sihat
- Bahaya Sukan Pada Waktu Malam
- Tips Kesihatan Dari Nabi Muhammad SAW
- Makanan Terbaik Untuk Lelaki
- Khasiat Yang Terdapat Di Dalam Nasi
- 25 Tips Untuk Anak Pandai Bahasa Inggeris
- 10 Makanan Terbaik Untuk Kulit Yang Cantik
- Punca Dan Cara Mengatasi Rambut Beruban Sebelum Usia
- Serba-Serbi (Proses) Pembedahan Plastik
- Cara Kawal Penyakit Gout
- “Ubat Jahanam Tu Hancurkan Hidup Saya”
- Tips Amalan Pemakanan Sihat
- Petua Menjaga Kesihatan Mata
- Pembongkaran Rahsia Dan Petua Kecantikan Wanita Ke...
-
▼
April
(88)
No comments :
Post a Comment