Powered by Blogger.

Bukan sekadar sakit tekak

No comments

SAKIT tekak ketika demam sering dialami golongan dewasa dan kanak-kanak yang menyebabkan seseorang itu sukar untuk menelan[1] makanan.


Situasi tersebut juga mengakibatkan tubuh seseorang itu berasa tidak selesa[2].


Sama seperti yang dialami oleh Hisham (bukan nama sebenar), dia berasa sakit[3] sejak beberapa hari lalu.


Sakit yang ditanggung itu menyebabkan Hisham yang merupakan pengurus sebuah syarikat swasta tidak menjamah nasi atau makanan pepejal[4].


Hanya air dan bubur menjadi pengalas perutnya. Setiap kali menjamah makanan pepejal, anak tekaknya terasa pedih[5] seolah-olah dicucuk jarum.


Dia akhirnya menemui seorang doktor di sebuah klinik berhampiran rumahnya untuk mendapatkan rawatan.


Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Universiti Sains Malaysia, Dr. Irfan Mohamad memberitahu, sakit tekak[6] merupakan simptom yang biasa berlaku.


Puncanya adalah kerana radang pada bahagian tonsil[7] iaitu kelenjar limfoid yang terdapat di kanan dan kiri tekak, kerongkong serta larinks (saluran pernafasan yang mengandungi peti suara).


Jangkitan


Sakit tekak juga boleh menyebabkan berlakunya penyakit tonsilitis iaitu radang pada tonsil.


Tonsilitis berpunca daripada keradangan pada kelenjar tonsil.


Tonsil merujuk kepada sejenis kelenjar limfoid[8] yang berfungsi sebagai pelindung saluran pernafasan daripada dijangkiti kuman terutamanya kanak-kanak apabila sistem imuniti badannya belum terbentuk dan matang sepenuhnya.


"Namun, tisu tonsil itu sendiri tidak terkecuali dijangkiti dan mengalami keradangan berpunca akibat jangkitan bakteria[9] atau virus," katanya.


Irfan memberitahu, satu episod jangkitan dikenali sebagai tonsilitis akut dan tonsilitis berulang akan berlaku.


"Jangkitan itu menyebabkan tonsil luka dan bengkak di bahagian leher[10]," katanya.


Dia berkata, sakit tekak juga menyebabkan berlakunya penyakit abses peritonsil.


"Abses perintosil pula adalah jangkitan[11] di kawasan sekitar tonsil yang mengakibatkan pengumpulan nanah membuatkan penghidapnya sukar untuk makan, bertutur serta membuka mulut," katanya.


Lelaki ini menambah, semua penyakit itu disebabkan oleh kuman, virus dan bakteria.


Faktor penyakit keturunan[12] dan penyakit berjangkit tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan penyakit itu.


Irfan menjelaskan, tonsilitis sering menjangkiti kanak-kanak. Abes perintosil pula banyak dihidapi golongan dewasa.


Sumber : Kosmo Online

[18][19][20][21][22]

References

  1. ^ menyebabkan seseorang itu sukar untuk menelan (www.biovco.com)
  2. ^ berasa tidak selesa (www.biovco.com)
  3. ^ berasa sakit (www.biovco.com)
  4. ^ makanan pepejal (www.biovco.com)
  5. ^ terasa pedih (www.biovco.com)
  6. ^ sakit tekak (www.biovco.com)
  7. ^ radang pada bahagian tonsil (www.biovco.com)
  8. ^ kelenjar limfoid (www.biovco.com)
  9. ^ jangkitan bakteria (www.biovco.com)
  10. ^ bengkak di bahagian leher (www.biovco.com)
  11. ^ jangkitan (www.biovco.com)
  12. ^ penyakit keturunan (www.biovco.com)
  13. ^ Apakah itu Tonsil? (www.biovco.com)
  14. ^ Radang tonsil perlu dibuang | Radang Tonsil (www.biovco.com)
  15. ^ Tonsil dan masalah berkaitan tonsil (www.biovco.com)
  16. ^ TESTIMONI Pengguna tonsil (www.biovco.com)
  17. ^ Atasi Tonsil Bengkak (www.biovco.com)
  18. ^ (www.blogger.com)
  19. ^ (www.blogger.com)
  20. ^ (www.blogger.com)
  21. ^ (www.blogger.com)
  22. ^ (www.blogger.com)

Sumber : http://infokesihatan4u.blogspot.com/




No comments :

Post a Comment

Blog Archive

close button

close button

close button