Powered by Blogger.

Punca Dan Cara Mengatasi Rambut Beruban Sebelum Usia

No comments








Punca Dan Cara Mengatasi Rambut Beruban Sebelum Usia | Benarkah uban melambangkan umur yang semakin meningkat? Benarkah mitos mencabut uban akan menyebabkan lebih banyak ia tumbuh? Rambut kita memberikan impak yang besar terhadap penampilan diri. Rambut yang panjang dan bersinar adalah menjadi idaman semua. Pelbagai cara dilakukan untuk menangani pelbagai masalah rambut yang dihadapi setiap hari. Rambut beruban sebelum usia adalah perkara biasa pada masa ini.

Seperti yang kita sedia maklum pigmen kulit yang dinamakan melanin turut memberi kesan terhadap rambut kita. Semakin kita meningkat tua, pengeluaran melanin juga akan berkurangan di dalam folikel rambut, menyebabkan rambut kita bertukar menjadi warna putih secara semulajadi. Kerana itu rambut putih atau uban sering dikaitkan dengan umur yang tua.

Namun begitu, rambut putih yang pra-matang menjadi satu masalah yang membimbangkan pada hari ini yang mana dihadapi oleh golongan muda termasuk remaja. Semestinya situasi ini bukan suatu perkara yang normal dan punca-punca kepada keadaan ini perlu diketahui terlebih dahulu sebelum kita mencari jalan penyelesaian kepada masalah uban pra-matang ini.

Punca-punca uban pra-matang

Punca Dan Cara Mengatasi Rambut Beruban Sebelum Usia

1. Tahap tekanan yang tinggi

Selain memberikan keselesaan, gaya hidup moden juga turut membawa bersama banyak tekanan dan ketegangan, sama ada berkenaan dengan kerja atau peribadi. Akhirnya memberi kesan kepada kemunculan uban pada rambut.

2. Genetik

Umur dimana rambut anda mula mengeluarkan uban juga ditentukan oleh genetik anda. Jika ibubapa atau datuk nenek anda mengalami rambut yang beruban pra-matang, iaitu sebelum mencecah usia tua, maka anda berkemungkinan besar untuk menghadapi masalah yang sama.

3. Pemakanan yang tidak seimbang

Pemakanam yamg seimbang mamainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan tubuh termasuk juga kesihatan rambut. Kekurangan vitamin B12 adalah punca rambut beruban yang biasa. Bagi mengatasi masalah ini adalah dinasihatkan supaya meningkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin B12 seperti tuna, sardin, salmon, daging lembu, daging kambing, keju dan susu.

4. Tabiat yang tidak sihat

Rambut beruban juga adalah hasil daripada tabiat yang tidak sihat seperti merokok, minum minuman keras dan sebagainya. Sebenarnya, perokok tegar lebih cenderung untuk mendapat masalah rambut beruban pra-matang berbanding orang yang tidak merokok.

5. Pengambilan cecair tertentu secara berlebihan

Pengambilan teh, kopi, rempah dan makanan bergoreng secara berlebihan akan mengakibatkan rambut beruban. Jika ingin mengurangkan kemunculan rambut putih, hadkan pengambilan makanan tersebut.

6. Kejutan emosi

Kadangkala, uban berlaku ketika waktu-waktu tertentu semasa seseorang itu sedang mengalami kejutan secara emosi atau kegawatan. Ini merupakan fenomena sementara dan pengeluaran rambut putih akan terhenti secara automatik selepas beberapa ketika.

Perawatan rambut beruban

Punca Dan Cara Mengatasi Rambut Beruban Sebelum Usia

1. Berkaki ayam

Berjalan pada waktu pagi sangat bagus untuk kesihatan kita secara keseluruhannya dan juga bermanfaat terhadap rambut. Berjalan kaki dengan berkaki ayam di atas rumput yang basah pada awal pagi dapat menghalang kemunculan rambut putih.

2. Gabungkan jus segar dalam pemakanan

Masukkan jus sayuran atau buahan yang segar ke dalam pemakanan anda bagi menggantikan minuman yang tinggi kandungan gula seperti minuman ringan. Jus dari lobak merah, salad dan alfalfa adalah sangat berfaedah. Pengambilan jus ini pada setiap hari akan menjadikan rambut anda sihat dan menghalang kemunculan uban.

3. Tingkatkan pengambilan Vitamin

Uban boleh dicegah dengan menambahkan pengambilan vitamin B12 dalam pemakanan seharian. Dalam usaha untuk memerangi masalah uban ini, pengambilan vitamin A dan B juga perlu ditingkatkan. Lebihkan memakan sayuran berdaun hijau dan buahan berwarna kuning. Untuk bekalan vitamin B yang mencukupi, lebihkan memakan sayuran yang berdaun hijau, pisang, tomato, kubis bunga, yogurt, yis, hati dan bijirin. Anda juga boleh mengambil vitamin B12 dalam bentuk pil.

4. Lebihkan pengambilan makanan yang kaya dengan Iodin

Makanan yang kaya dengan iodin membantu menghalang rambut beruban. Ikan mengandungi kandungan iodin yang tinggi. Pisang dan lobak merah juga mengadungi iodin yang sama.

5. Gunakan Amla 

Buah Amla[1] adalah sangat berkesan dalam menangani masalah rambut beruban dan rambut nipis. Pes yang diperbuat daripada Amla yang dilenyek bersama jus lemon boleh disapukan pada rambut beruban untuk menjadikannya hitam kembali. Selain itu, boleh juga mengurut rambut dengan menggunakan minyak Amla bagi hasil yang sama. Mengurut rambut dengan menggunakan minyak Amla yang bercampur dengan jus lemon membantu menangani uban. Uban pra-matang juga disebabkan oleh penggunaan kimia yang berlebihan di dalam syampu dan perapi. Basahkan rambut dengan minyak Amla semalaman sebagai perapi dan boleh dibilas ketika mandi.

6. Sapukan inai

Inai merupakan herba yang digunakan di India sejak zaman purba lagi dan merupakan perapi rambut yang berkesan. Dengan menyapu inai satu jam sebelum mandi sangat efektif untuk menghindari rambut beruban. Tambahan pula, ia dapat menguatkan rambut dan menghalang rambut beruban, rambut nipis dan hujung rambut yang bercabang.

7. Gunakan aloe vera (lidah buaya)

Aloe vera sangat berkesan dalam penjagaan rambut. Menggosok rambut dengan campuran aloe vera dan santan kelapa akan menggalakkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan kemunculan kelemumur dengan meneutralkan aras pH kulit kepala dan membersihkan pori-pori. Kemudian bilas rambut dengan menggunakan syampu sepeti biasa.

8. Sapukan minyak pada rambut

Menyapukan minyak kepada rambut adalah penting supaya rambut menjadi sihat dan menghalang rambut dari beruban. Sapukan campuran minyak kelapa atau minyak badam bersama jus lemon, yang merupakan kaedah tradisional India untuk mencegah rambut beruban. Menggosok rambut menggunakan minyak ini akan membantu menghitamkan semula rambut putih.

9. Tingkatkan pengambilan mineral

Mineral sememangnya penting untuk tubuh berfungsi dengan sihat. Kita sudah sedia maklum bahawa melanin memainkan peranan terhadap rambut. Kekurangan melanin mungkin merupakan hasil daripada kekurangan mineral dan zat besi. Oleh itu, penting untuk mempunyai pemakanan yang seimbang bersama jumlah zat besi yang mencukupi bagi penghasilan melanin yang aktif dan sihat. Tyrosine[2] adalah enzim yang mengandungi zat besi yang menukarkan Tyrosine menjadi melanin. Zat ini boleh didapati daripada hati lembu, cendawan, bayam, terung, asparagus, daun pudina, kentang, kacang hijau, tomato, halia dan lain-lain lagi.

10. Amalkan petua di rumah

Petua yang dilakukan di rumah adalah penyelesaian yang terbukti berkesan untuk menangani masalah rambut beruban. Urutkan akar rambut dengan teh hitam dan bersihkan selepas satu jam. Ini akan membantu menghitamkan rambut. Anda juga boleh mencampurkan serbuk inai, jus pudina, kopi dan yogurt dan sapukan ke rambut setiap minggu selama 3 jam sebelum bersyampu untuk hasil yang memuaskan.

Rambut beruban adalah satu fenomena yang tidak boleh dihalang. Langkah drastik yang terakhir adalah mewarnakan rambut. Tetapi sebagai seorang muslim, kaedah ini bertentangan dengan ajaran agama Islam. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua terutamanya kepada mereka yang mengalami masalah uban pada usia yang masih muda.

Oh, tentang mitos mencabut uban akan menyebabkan lebih banyak uban tumbuh itu pula, apabila sehelai uban dicabut, ia akan memberi lebih 'peluang' kepada uban di sekelilingnya untuk tumbuh. Jadi sedikit sebanyak betullah jugak larangan tersebut. Jadi, gunting saja rambut yang beruban lepasni, jangan cabut ;)

Inginkan lebih petua mengenai uban? Klik SINI[3] :D

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.

Budak kecik yang bercita-cita besar (bukan untuk menakluki dunia) dan sangat kuat makan serta sangat skema ayam dalam penulisan. Tuan punya blog bajet comel: http://zyraroxx.blogspot.com


Comments

comments

LikeTweet

No comments :

Post a Comment

Blog Archive

close button

close button

close button