Powered by Blogger.

10 Makanan Terbaik Untuk Kulit Yang Cantik

No comments








10 Makanan Terbaik Untuk Kulit Yang Cantik | Telah banyak berhabis untuk produk yang menjanjikan kulit yang cantik? Apakata cuba pula cara yang sihat dan lazat untuk mendapatkan kulit yang cantik, di samping turut mengenyangkan! ;) Kenyang itu penting bagi Zyra sebab Zyra memang suka makan, hohoho. Jom baca 10 jenis makanan yang boleh dijadikan snek di samping memberi manfaat kepada kulit dari dalam:-

1. Cili Benggala Merah

10 Makanan Lazat Untuk Kulit Yang Cantik

Cili Benggala Merah ini adalah salah satu sayuran lazat yang boleh dinikmati sama ada secara mentah atau dimasak. Sebiji cili benggala mengandungi lebih daripada 100% keperluan vitamin C harian anda (wow!). Ia juga mengandungi sejumlah fiber[1] dan vitamin B6. Tambahan pula, ia juga kaya dengan carotenoids[2] yang dapat membantu menghalang kedutan kulit dan meningkatkan peraliran darah terhadap kulit, menjadikannya lebih muda. Kerana mengandungi carotenoids, cili ini juga bagus untuk menentang jerawat.

Cili benggala merah merupakan makanan ringan yang sempurna dan rendah kalori dan rasa rangup yang memuaskan. Simpan hirisan cili benggala merah ini di dalam peti sejuk, jadi anda sentiasa dapat memakan makanan yang sihat dan lazat apabila terasa ingin menguyah makanan ringan. Fiber yang terkandung di dalamnya akan membantu anda berasa kenyang untuk masa yang lama dan anda akan mendapat kulit yang licin!

2. Coklat Gelap

10 Makanan Lazat Untuk Kulit Yang Cantik

Ini barulah dinamakan makan ringan yang lazat! Makan setiap hari pun tak kisah :D Coklat gelap (dark chocolate[3]) kaya dengan antioksidan, asid lemak dan flavanols yang membantu memberikan kulit yang bersinar. Antioksidan dalam coklat gelap dapat membantu mengurangkan kekasaran kulit dan melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran matahari. Tambah lagi, koko menenangkan arteri jantung, menambahkan peredaran darah yang menuju ke arah kulit yang lebih sihat. Nyum nyum!

3. Ikan Salmon

10 Makanan Lazat Untuk Kulit Yang Cantik

Ikan salmon adalah makanan bagus untuk menetang tekanan, kemurungan dan kebimbangan. Salmon juga membekalkan kebanyakan vitamin yang diperlukan oleh tubuh setiap hari. Seperti yang sudah diketahui, vitamin D bertanggungjawab untuk mengekalkan jantung, tulang, kolon dan otak yang sihat. Ia juga dapat membantu menghalang barah kolon, kemurungan, penyakit hati dan tulang.

Salmon juga kaya dengan lemak asid omega-3 yang handal menangani keradangan, kedutan dan jerawat. Kandungan omega-3nya yang tinggi juga membantu melembabkan kulit dari dalam. Lagi pula, memakan salmon membuatkan kulit kepala anda lembab seterusnya menjadikan rambut kuat dan sihat.

4. Minyak Kelapa

10 Makanan Lazat Untuk Kulit Yang Cantik10 Makanan Lazat Untuk Kulit Yang Cantik

Minyak kelapa adalah salah satu sumber lemak saturat yang paling tinggi iaitu lebih kurang 90% kalori seperti lemak saturat. Ia mengandungi asid laurik, agen antibakteria yang sangat hebat yang menghalang virus, jangkitan, keradangan dan jerawat. Minyak kelapa juga kaya dengan asid lemak asas dan vitamin E, yang lengkap untuk menjadikan kulit anda lembab, lembut dan bebas kedutan.

Gunakan minyak kelapa sebagai krim badan dengan menyapukannya selepas mandi juga di ambil sebagai makanan tambahan dengan memakan 1 sudu minyak kelapa mentah setiap hari. Minyak kelapa bagus terutamnya untuk tiroid. Tambahan lagi, terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa minyak ini dapat membantu mengurangkan berat badan. Banyaknya manfaat minyak kelapa ni kan?

5. Teh Hijau

10 Makanan Lazat Untuk Kulit Yang Cantik

Teh hijau merupakan sumber antioksidan yang sangat baik, juga asid amino yang unik, L-theanine[4] yang membantu menenangkan badan dan mengurangkan tekanan. Apabila teh ini dalam keadaan panas, ia akan mengeluarkan catechins, sejenis antioksidan yang terbukti sebagai anti-barah dan anti-keradangan. Teh hijau juga mungkin dapat mengurangkan risiko mendapat tekanan darah tinggi. Minum 3 cawan atau lebih setiap hari untuk hasil yang memuaskan.

6. Bayam

10 Makanan Lazat Untuk Kulit Yang Cantik

Bayam adalah makanan yang sihat dan kaya dengan nutrien yang harus dimasukkan ke dalam makan seharian. Ia merupakan sumber terbaik untuk zat besi, folat, chlorophyll, Vitamin E, magnesium, Vitamin A, fiber, protin tumbuhan, dan Vitamin C. Ia sangat bagus untuk kulit kerana kebolehan antioksidanya serta Vitamin A, C dan E. Dengan pengambilan bayam ke dalam makanan, anda dapat membersihkan kulit dari dalam :)

7. Biji-bijian

10 Makanan Lazat Untuk Kulit Yang Cantik

Biji Chia, biji bunga matahari, biji labu, dan biji flaks adalah baik untuk kulit. Biji labu dan bunga matahari kaya dengan selenium, Vitamin E, magnesium dan protin. Selenium dan protin dapat menghindari kedutan kulit, manakala Vitamin E dapat menambahkan kelembapan kulit dan magnesium pula dapat menurunkan tahap tekanan anda. Asid lemak Omega 3 yang terkandung dalam biji flax dan chia sangat bagus untuk melawan kedutan dan jerawat.

Hanya taburkan bijian ini di atas hidangan anda dan nikmati keenakannya untuk kulit yang hebat. Anda boleh juga menaburkannya ke dalam yogurt atau salad yang dimakan.

8. Saderi

10 Makanan Lazat Untuk Kulit Yang Cantik

Ramai di antara kita yang memandang rendah terhadap sayuran ini, tetapi saderi mengandungi Vitamin K yang membantu menyihatkan peredaran darah dan membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Ini akan mengurangkan tahap tekanan anda, dan seperti yang diketahui tekanan dapat menyebabkan kulit yang tidak sihat, migrain dan juga barah.

Saderi juga mengandungi sodium semulajadi, potasium dan air, dan membantu untuk menghalang dehidrasi. Kulit yang dehidrasi bermakna kulit yang kering, berkuping, berkedut dan juga berjerawat. Pastikan anda mengambil saderi setiap hari atau sekurangnya dua hari dekali. Lagipun, saderi sangat rendah kalori bagi mereka yang menjaga kandungan kalori makanan ;)

9. Betik

10 Makanan Lazat Untuk Kulit Yang Cantik

Betik merupakan buah yang mengadungi pelbagai manfaat. Ia sangat rendah kalori (hanya 39 kalori dalam setiap 100g!) dan juga langsung tidak mengandungi kolestrol. Jadi jika anda sedang cuba untuk mengurangkan berat badan, anda boleh mencuba memakan betik setiap hari untuk memaksimumkan manfaat kesihatannya.

Merupakan makanan kecantikkan yang hebat, betik rendah fruktosa dan sangat bagus untuk penghadaman. Nutrien antioksidan yang terkandung di dalamnya berserta Vitamin C dan E serta beta-karoten sangat baik untuk mengurangkan keradangan dan jerawat. Vitamin C juga dapat melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran cahaya matahari.

10. Lobak Merah

10 Makanan Lazat Untuk Kulit Yang Cantik

Bukan sahaja baik untuk mata, lobak merah juga baik untuk kulit. Ia adalah sangat bagus untuk membersihkan cela akibat jerawat. Lobak merah kaya dengan Vitamin A dan dapat menghindari lebihan pengeluaran sel di lapisan luar kulit dimana ia menjadi tempat sebum berlebihan bergabung dengan sel kulit mati lalu menutup pori-pori kulit

Vitamin A yang terdapat di dalam lobak merah juga dapat mengurangkan pertumbuhan sel barah kulit. Jadi pastikan anda memakan separuh cawan baby carrot setiap hari untuk kulit yang cantik.

Begitulah serba sedikit makanan yang perlu anda lebihkan makan untuk mendapatkan kulit yang sihat berseri. Pastikan juga elakkan makan makanan segera, mengambil terlalu banyak gula dan lemak trans demi kesihatan kulit anda. Bagi Zyra? Coklat tu yang paling terbaik! :p

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.

Budak kecik yang bercita-cita besar (bukan untuk menakluki dunia) dan sangat kuat makan serta sangat skema ayam dalam penulisan. Tuan punya blog bajet comel: http://zyraroxx.blogspot.com


Comments

comments

LikeTweet

No comments :

Post a Comment

Blog Archive

close button

close button

close button