Batuk biasa atau kronik?
MASALAH sering bermula dengan rasa gatal pada tekak. Seterusnya, tekak terasa semakin gatal dan tidak lama kemudian, kita mula mengalami batuk-batuk[1] yang teruk.
Semua orang pernah diserang batuk sekurang-kurangnya sekali seumur hidup dan pengalaman ini sememangnya kurang menyenangkan[2] terutamanya jika kita sedang melakukan sesuatu yang penting seperti menghadiri mesyuarat, memberi ucapan atau menyertai telepersidangan.
“Sebenarnya batuk ialah sejenis mekanisme pertahanan fisiologi yang penting. Ini merupakan cara semula jadi tubuh untuk melindungi sistem pernafasan[3] dengan mengeluarkan bahan rengsa atau rembesan daripada saluran udara,” kata Dr. Patrick Chan, perunding Pediatrik dan Dada.
Refleks batuk berlaku secara spontan apabila bahan pencemar merangsang lapisan saluran udara, menyebabkan pembebasan udara secara kuat daripada paru-paru untuk mengeluarkan sebarang bahan rengsa[4] dan penghalang.
Masalah batuk biasanya pulih selepas tempoh masa tertentu. namun begitu, ada juga kes batuk yang dialami lebih kerap[5] dan berpanjangan apabila sistem pernafasan dijangkiti atau terus terdedah kepada bahan cemar alam sekitar seperti wasap kenderaan, asap atau jerebu.
“Apabila ini berlaku, batuk boleh membawa kesan serius kepada pesakit, kerana akan mengganggu tidur dan selera makan[6]. Batuk kronik boleh menyebabkan seseorang terasa terlalu letih untuk pergi ke sekolah atau bekerja,”
Kebanyakan orang menganggap batuk sebagai satu masalah kecil. Namun begitu, batuk yang berterusan dan teruk boleh menyebabkan kerumitan kerana tekanan intratoraks dan intraabdomen[7] kepada sistem badan
Ini mungkin termasuk sakit kepala[8], disritmia kardium (denyutan jantung tak sekata), masalah tidur, pendarahan subkonjunktiva (mata merah), muntah disebabkan batuk, hernia inguinal dan refluks gastroesofagus.
“Dengan mengetahui jenis batuk yang dialami, anda boleh membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan perubatan[9] jika perlu dan bukannya menunggu sehingga masalah batuk pulih secara sendiri,” katanya.
Menurutnya, seseorang perlu pergi berjumpa doktor jika batuk berpanjangan lebih daripada tiga minggu, sesak nafas, atau mengalami kesakitan teruk atau pengsan.
Batuk juga perlu dirujuk pada doktor jika membawa kepada masalah lain seperti muntah darah, batuk anda begitu teruk sehingga tak dapat tidur malam atau anda bimbang tentang punca batuk.
“Batuk terbahagi kepada dua iaitu batuk kering atau yang berkahak[10]. Batuk kering tidak menghasilkan mukus, manakala batuk berkahak kedengaran seperti berair dan menyebabkan pengeluaran kahak (mukus),” jelas Patrick tentang jenis batuk.
Batuk yang kering dan nyaring mungkin menandakan radang larinks, manakala batuk yang kerap dialami secara berulang dengan nafas yang ditarik panjang seperti berdesis mungkin menandakan jangkitan salur pernafasan[11] yang disebabkan oleh pertusis. Batuk berdengking pula mungkin disebabkan oleh jangkitan virus pada pita suara, larinks dan trakea.
“Jika anda mengalami batuk berkahak, perhatikan warna dan rupa kahak untuk menentukan jenis jangkitan yang anda alami,” terangnya.
Kahak yang bernanah dan berwarna keperangan menunjukkan jangkitan bakteria[12], manakala mukus kelabu keputihan menandakan alahan atau jangkitan virus, sementara kahak berbuih dikaitkan dengan edema pulmonari (bengkak paru-paru), iaitu kesan kegagalan jantung.
“Pesakit dengan kegagalan jantung biasanya batuk teruk pada waktu malam[13] apabila berbaring, manakala perokok dan penghidap asma biasanya mengalami batuk sekali-sekala pada awal pagi yang kadangkala berdehit. Dalam keadaan lebih serius, kahak yang keluar mungkin berdarah,” tambah Patrick.
Masalah batuk kerap yang dialami kurang daripada dua minggu boleh diklasifikasikan sebagai batuk akut, yang biasanya berpunca daripada jangkitan pernafasan virus seperti selesema[14] biasa dan flu.
“Batuk yang berlarutan lebih daripada dua minggu dianggap batuk kronik. Walaupun batuk kronik biasanya tidak mengancam nyawa, punca asasnya perlu disiasat jika batuk berpanjangan,” Patrick mengingatkan.
Sumber : Kosmo Online
kosmo.com.my
-
Lima tanda sakit jantung [15]
Walaupun ramai beranggapan sakit jantung tiada simptom, tetapi ada lima tanda yang perlu diperhatikan. -
Penyakit jantung tak kenal usia [16]
DIANGGARKAN setiap tahun satu pertiga penduduk dunia atau kira-kira 17 juta orang mati berikutan masalah jantung. Gaya hidup tidak sihat termasuk corak … -
Elak serangan jantung | Penyakit Jantung [17]
Elak serangan jantung Rashid yang berusia lewat 30-an sentiasa sibuk dengan tugasnya sebagai ketua pegawai eksekutif di sebuah syarikat. Terlalu sibuk … -
Injap jantung bocor [18]
DI dalam organ jantung ada empat injap yang berfungsi memastikan darah mengalir dalam satu arah saja. Injap ini dinamakan injap mitral dan aortic di sebelah …
References
- ^ mengalami batuk-batuk (www.biovco.com)
- ^ kurang menyenangkan (www.biovco.com)
- ^ melindungi sistem pernafasan (www.biovco.com)
- ^ sebarang bahan rengsa (www.biovco.com)
- ^ batuk yang dialami lebih kerap (www.biovco.com)
- ^ mengganggu tidur dan selera makan (www.biovco.com)
- ^ tekanan intratoraks dan intraabdomen (www.biovco.com)
- ^ sakit kepala (www.biovco.com)
- ^ mendapatkan bantuan perubatan (www.biovco.com)
- ^ batuk kering atau yang berkahak (www.biovco.com)
- ^ menandakan jangkitan salur pernafasan (www.biovco.com)
- ^ jangkitan bakteria (www.biovco.com)
- ^ batuk teruk pada waktu malam (www.biovco.com)
- ^ jangkitan pernafasan virus seperti selesema (www.biovco.com)
- ^ Lima tanda sakit jantung (www.biovco.com)
- ^ Penyakit jantung tak kenal usia (www.biovco.com)
- ^ Elak serangan jantung | Penyakit Jantung (www.biovco.com)
- ^ Injap jantung bocor (www.biovco.com)
- ^ E-melkan Ini (www.blogger.com)
- ^ BlogThis! (www.blogger.com)
- ^ Kongsi ke Twitter (www.blogger.com)
- ^ Kongsi ke Facebook (www.blogger.com)
- ^ Kongsi ke Pinterest (www.blogger.com)
Sumber : http://infokesihatan4u.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Blog Archive
-
▼
2015
(88)
-
▼
April
(88)
- Khasiat Minyak Kelapa Dara Hasil kajian saintifik ...
- Diet sihat elak penyakit BERDASARKAN Kajian Kesiha...
- Apakah itu Tonsil? Tonsil ialah sejenis tisu limfo...
- 9 Panduan pengurusan ekzema ✔ Elakkan mandi terlal...
- Posisi Penyusuan / Breastfeeding Position ~ Posisi...
- TAK TAHAN KERAP SAKIT LUTUT?Kalau tak berubat, sus...
- SEBENARNYA ANDA ADA RESDUNG!!! MUKA BERJERAWAT? Hi...
- Beware!!
- Petua Kesihatan: Berikut adalah 10 Makanan Yang Me...
- pilihan di tangan anda.
- KATARAK-----------------Tanda-tanda dan simptom1. ...
- 10 TABIAT YANG MEROSAKKAN OTAK 1. Tidak mengambil ...
- tiga menu "bahaya"
- Keputihan tidak halang keintiman
- Risiko kanta lekap
- Fibroid semasa hamil
- Botak di usia muda
- Kulit baru harapan baru
- Risiko Obesiti semasa hamil
- Flos gigi, kumur mulut anda
- Teknik baharupembedahan saraf
- Hidup selesa tanpa GERD
- Implan dwi-stent untuk jantung
- Peria bersihkan darah
- Elak payudara membengkak
- Elak penyakit akibat jerebu
- Jangan abai tanda awal diabetes
- Rawat sebelum terlambat
- Vitamin C, kolagen untuk kulit
- Sakit permulaan haid
- Lambatkan penuaan
- Sopak sejenis penyakit kulit
- Sawan demam bukan epilepsi
- 7 MAKANAN KURANGKAN KOLESTEROL
- 3 Tip elak mulut berbau
- 5 Sebab Mengapa Rambut anda gugur
- Ancaman kencing manis
- Ekzima dan Psoriasis
- Rajin periksa kesihatan
- Sakit dada bukan hal remeh
- Kunyit bantu kawal diabetes
- Batuk biasa atau kronik?
- Penyakit kulit kronik
- Cara atasi sakit kepala
- Bukan sekadar sakit tekak
- Ramai tak tahu hidap darah tinggi
- Manfaat sayur dalam darah
- Bahana kolesterol tinggi
- Virus punca sakit tekak
- Kawal tahap kolesterol
- Ibu hamil lemah daya imun tubuh
- Racun yang manis
- Pastikan wanita kekal sihat
- Petua Mencantikkan Kening
- Petua Melentikkan Bulu Mata
- Petua Melicinkan Betis
- Petua Menghilangkan Rambut Berbuah
- Petua Merawat Kudis Buta
- Petua Menghilangkan Karat Gigi
- Petua Mengubati Lelah
- Petua Melegakan Pedih Perut
- Petua Melembutkan Ayam Tua
- Petua Mengelakkan Pedih Bawang
- Petua Membersihkan Microwave
- Petua Merawat Gusi Berdarah
- Petua Merawat Bibir Pecah Akibat Kepanasan
- Petua Memilih Ikan Segar
- Petua Melazatkan Ikan Beku
- Petua Melembutkan Sotong Kering
- Petua Menghilangkan Bau Durian
- Petua Mengurangkan Selesema Bayi
- Petua Menghilangkan Benjol
- Petua Menegangkan Kulit Muka
- Tips Diet Yang Mudah Dan Seimbang
- 10 Langkah Untuk Kehamilan Sihat
- Bahaya Sukan Pada Waktu Malam
- Tips Kesihatan Dari Nabi Muhammad SAW
- Makanan Terbaik Untuk Lelaki
- Khasiat Yang Terdapat Di Dalam Nasi
- 25 Tips Untuk Anak Pandai Bahasa Inggeris
- 10 Makanan Terbaik Untuk Kulit Yang Cantik
- Punca Dan Cara Mengatasi Rambut Beruban Sebelum Usia
- Serba-Serbi (Proses) Pembedahan Plastik
- Cara Kawal Penyakit Gout
- “Ubat Jahanam Tu Hancurkan Hidup Saya”
- Tips Amalan Pemakanan Sihat
- Petua Menjaga Kesihatan Mata
- Pembongkaran Rahsia Dan Petua Kecantikan Wanita Ke...
-
▼
April
(88)
No comments :
Post a Comment